Asas ketumbuhan bermula dengan benih semaian maka baru lah proses pertumbuhan dapat dilakukan.
Kemudian baru lah munculnya akar yang menjalar untuk mencari keteguhan dalam pertumbuhan
Kemudian akan muncul lah bunga-bunga kesegaran sebelum mencapai kematangan
Maka dahan dahan dan ranting akan memulakan kekuatan serta dedaun yang menjadi sokongan kepada ketumbuhan
Jika ada nya sifat menghasilkan buahan maka muncul lah bebuahan yang muda sebelum kematangan akan menghasilkan keuntungan
Sesudah matang nya pertumbuhan maka akan menghasilkan sepohon pokok dan buah yang lengkap
Tetapi tiada siapa yang sangka ianya menghasilkan sesuatu yang cantik dan berkualiti atau tidak
Kerna perlu nya juga proses penjagaan dan penanaman yang betul untuk mendapatkannya
Di mana kah asas keteguhan tumbuhan tersebut untuk kita hadapi?
Soalan; Saya telah bertaubat kepada Allah dan berjanji pada diri untuk tidak mengulangi dosa yang pernah saya lakukan. Namun setelah beberapa lama, saya kembali melakukan dosa tersebut. Mulanya saya amat bersemangat untuk mengubah cara hidup saya, namun lama kelamaan semangat saya luntur dan saya kembali kepada cara hidup lama. Bagaimana caranya untuk saya tetapkan pendirian?
Jawapan;
Jangan pernah putus asa memohon ampun dari Allah kerana Allah tidak pernah menutup keampunanNya kepada sesiapapu dari hambaNya. Di dalam hadis, Nabi s.a.w. ada bersabda; “Sesungguhnya Allah membentangkan tanganNya di waktu malam untuk hambanya yang melakukan dosa di siang hari agar ia bertaubat dan Dia membentangkan tangannya di siang hari untuk hambanya yang melakukan dosa di malam hari agar ia bertaubat” (HR Imam Muslim dari Abu Musa r.a..).
Sememangnya memulakan taubat lebih mudah dari untuk istiqamah selepas taubat. Kerana itu, untuk memastikan kita tidak kembali semula kepada cara hidup lama kita, kita perlu mengubah gaya hidup kita termasuk suasana dan rakan-rakan sekeliling kita. Untuk itu, para ulamak menasihatkan orang yang bertaubat untuk melakukan amalan-amalan berikut;
1. Melazimi majlis ilmu secara istiqamah; iaitu sentiasa mendengar kupasan-kupasan tentang ayat al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. kerana ia akan memberi motivasi kepada diri untuk terus istiqamah di atas jalan yang diredhai Allah.
2. Banyak membaca buku-buku tentang Allah; iaitu yang mengupas kebesaran Allah dan rahmat serta kasih-sayangnya kepada hamba-hambaNya. Antara buku yang amat baik dibaca ialah yang mengupas tentang Asma-Allah (nama-nama Allah). Lagi banyak ilmu yang kita ketahui tentang Allah, akan semakin cinta kita kepadaNya dan apabila kecintaan kepada Allah telah mensebati dengan hati/jiwa, senanglah untuk kita taat kepadaNya.
3. Sentiasalah menjaga solat berjamaah terutama di masjid. Sabda Nabi s.a.w.; “Apabila kamu lihat seorang itu sentiasa berulang-alik ke masjid, bersaksilah bahawa ia sememangnya benar-benar beriman” (HR Imam Ahmad dan at-Tirmizi dari Abi Sa’id r.a.).
4. Berkawan dengan orang-orang soleh. Sabda Nabi s.a.w.; “Seseorang itu berada di atas agama kawannya. Maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa dia berkawan” (HR Abu Daud dan at-Tirmizi dari Abu Hurairah r.a.).
Akhirnya, banyaklah berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan mental dan spiritual untuk istiqamah. Manfaatkanlah saat-saat yang mustajab doa antaranya di dalam solat khususnya ketika sujud dan sebelum memberi salam. Sabda Nabi s.a.w.; “Saat paling hampir seorang hamba dengan Allah ialah ketika ia sedang sujud. Maka banyakkanlah berdoa pada ketika tersebut”.
Wallahu a’lam.
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
1. Kurang mendapat taufiq (petunjuk) dari Allah
2. Rosaknya pandangan dan aqal fikiran
3. Terhijabnya diri dari mengenali kebenaran
4. Hati menjadi rosak
5. Rendah sebutan nama di sisi manusia
6. Waktu dalam kehidupan mereka akan terbuang sia-sia
7. Tidak disukai oleh makhluk Allah
8. Hubungan dengan Allah akan renggang
9. Doa akan terhijab (yakni tidak akan dimakbulkan Allah)
10. Hati akan menjadi keras
11. Tidak ada keberkatan pada rezki dan umur.
12. Terhalang dari mendapat ilmu
13. Hidup berterusan dalam keadaan hina-dina
14. Akan dihina atau diperlekehkan oleh musuh
15. Dada sentiasa merasa sempit dan resah (yakni tidak ada ketenangan dan ketenteraman dalam hidup)
16. Diuji oleh Allah dengan teman atau kawan yang jahat.
17. Sentiasa dalam keadaan duka-cita dan kebimbangan.
18. Kehidupan dan rezki menjadi sempit
19. Fikiran sentiasa resah dan tidak tenteram
(Dikutip dari kitab Al-Fawaid, karya; al-‘Allamah Ibnul Qayyim al-Jauziah, hlm. 67)
Oleh USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
Soalan :
Ustaz saya ada satu kemusykilan berkenaan dengan aurat.Apakah hukum lelaki melihat rambut perempuan bukan islam semasa melakukan urusan dengan mereka kerana mereka tidak dituntut menutup rambut kerana mereka bukan orang islam.Minta penjelasan ustaz..
Jawapan :
Assakamu ‘alaiku.
Menjaga mata dari melihat aurat wanita ajnabi adalah wajib berdasarkan perintah Allah di dalam surah an-Nur kepada lelaki-lelaki beriman (yang bermaksud); “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kemaluan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan”. (30)
Tujuan perintah tersebut ialah untuk memastikan jiwa/hati orang beriman sentiasa bersih, agama mereka terjaga dan diri mereka selamat dari terjerumus ke dalam zina dan kejatahan. Kerana itu Allah menegaskan di hujung ayat; “…Yang demikian itu lebih suci bagi mereka”. Menurut Imam Ibnu Kathir; maksud “…lebih suci bagi mereka” di dalam ayat di atas ialah; “lebih suci bagi hati dan agama mereka”. Di dalam hadis, Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada seorang lelaki muslim yang melihat kepada keelokan-keelokan seorang wanita, lalu ia menahan pandangannya (yakni ia berpaling dari melihatnya) kerana takutkan Allah, melainkan Allah akan menggantikan untuknya ibadah yang ia rasai kemanisannya” (Riwayat Imam Ahmad dari Abu Umamah r.a.)
Tidak ada beza dari segi hukum antara melihat aurat wanita Islam atau wanita bukan Islam kerana kesannya pada hati adalah sama. Dan telah disepakati oleh para ulamak bahawa rambut wanita adalah aurat. Adalah haram seorang lelaki muslim melihat aurat wanita ajnabi (yakni wanita yang bukan mahramnya) termasuklah rambutnya tanpa mengira wanita itu Islam atau kafir kerana arahan Allah di dalam ayat di atas adalah umum dan kesan pandangan tersebut kepada hati adalah sama. Dikecualikan jika pandangan itu berlaku tanpa disengajakan, maka hendaklah segera dipalingkan. Dari Jarir bin Abdillah r.a. menceritakan; “Aku bertanya Rasulullah berkenaan pandangan yang tiba-tiba”. Lalu baginda menjawab; “Palingkanlah pandangan kamu itu” (Riwayat Imam Muslim).
Baginda berkata kepada Saidina Ali r.a.; “Janganlah engkau mengekorkan pandangan selepas pandangan. Bagimu pandangan pertama dan bukan bagimu pandangan yang lain (yakni tidak harus bagimu mengulangi pandangan setelah terpandang kali pertama secara tak disengajakan)”. (Riwayat Imam Abu Daud dan Tirmizi)
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Tafsir Ibnu Kathir
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 8:41 AM
Bandingkan cara hidup Presiden Iran ini dengan pemimpin-pemimpin dunia lain..

Ahmadinejad tiada mahu bersalam dengan perempuan yang bukan muhrim.. bakan macam pemimpin atau isteri pemimpin-pemimpin lain.


Dengar saja azan, terus solat tidak kira tempat.. begitu juga makan dll.

Lebih suka tidur di lantai dari tilam empuk..

Walaupun tidak berada dalam saf dihadapan…sikapnya yg rendah diri…

Tidak mahu pembaziran, gunakan ruang sebaik-baiknya..
Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim Di Iran 5
“SEMASA anda lihat cermin tiap pagi, apa yang anda kata pada diri anda?” Tanya TV Fox Amerika Syarikat mewawancara soal peribadi Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad kira-kira setahun lalu.
Jawabnya: “Saya melihat orang di cermin itu dan mengatakan padanya.. Ingat, kau tak lebih dari seorang pelayan, hari di depanmu penuh dengan tanggung jawab yang berat, iaitu melayani bangsa Iran.”
Benarkah apa yang dia kata pada dirinya itu? Sewaktu 15 hari saya (Ibnu Hasyim) mengelilingi Iran kira-kira pada minggu lepas, 16 rakyat Iran yang rombongan kami wawancara, rupanya kesemua adalah lawan politik beliau, tidak bersetuju dengan kelicikan politiknya. Tetapi bila dikaitkan dengan kehidupan sederhana beliau, tidak ada yang membantah. Berikut adalah gambaran ringkas Ahmadinejad, yang membuat ramai orang terpegun dan ternganga padanya.
Pertama: Semasa pertama kali menduduki pejabat Presiden beliau menyumbangkan seluruh karpet Istana Iran yang sangat tinggi nilainya itu kepada masjid di Teheran dan menggantikan dengan karpet biasa yang mudah dibersihkan.
Kedua: Beliau lihat ada ruangan yang sangat besar untuk menerima dan menghormati tamu VIP, lalu ia memerintahkan menutup ruang tersebut dan bertanya pada protokol untuk ganti ruangan biasa dengan 2 kursi kayu, meski sederhana tetap terlihat impresive.
Ketiga: Di banyak kesempatan beliau beramah mesra dengan petugas kebersihan di sekitar rumah dan pejabat Presiden.
Keempat: Menteri-menterinya diminta menandatangani dokumen arahan, terutama yang menekankan hidup sederhana, penyata peribadi hatta kerabat dekat pun diawasi.
Kelima: Langkah pertama ambil-alih pentadbiran adalah mengumumkan kekayaan dan propertinya. Terdiri dari sebuah kereta Peugeot 504 tahun 1977, sebuah rumah sederhana warisan ayahnya 40 tahun lalu di daerah Kumuh di Teheran. Penyata bank wang yang berjumlah kecil, dan satu-satunya wang masuk adalah gaji bulanannya.
Keenam: Gajinya sebagai pensyarah disebuah universiti hanya berjumlah US$ 250.
Ketujuh: Beliau sebagai Presiden masih tinggal di rumahnya. Hanya itulah saja yang dimiliki. Beliau tidak mengambil gaji, alasannya adalah kerana semua kesejahteraan adalah milik negara dan beliau bertugas untuk menjaganya.
Kelapan: Satu hal yang membuat kagum staf jabatannya ialah beg yang selalu dibawa tiap hari hanya berisikan sarapan roti isi atau roti keju yang disiapkan isterinya. Beliau makan dengan gembira, dan menghentikan kebiasaan sediakan makanan khas Presiden.
Kesembilan: Pesawat terbang Presiden, beliau ubah jadi pesawat kargo menjimatkan negara dan beliau sendiri menggunakaan penerbangan biasa kelas ekonomi.
Kesepuluh: Sentiasa bermesyuarat dengan menteri-menterinya, dapatkan info tentang kegiatan dan efisiens yang sudah dilakukan. Memotong protokol istana sehingga menteri-menterinya mudah jumpa terus dengannya tanpa halangan. Menghentikan kebiasaan upacara-upacara seperti karpet merah, sesi foto, publisiti peribadi, atau hal-hal seperti itu masa mengunjungi berbagai tempat di negaranya.
Kesebelas: Kalau terpaksa menginap di hotel, beliau meminta diberikan bilik tanpa tempat tidur yang tidak terlalu besar kerana tidak suka tidur di atas tilam, tetapi lebih suka tidur di lantai beralaskan karpet dan selimut. Padanya hal ini menjatuhkan imej Presiden.
Keduabelas: Presiden Iran tidur di ruang tamu rumahnya sesudah lepas dari pengawal-pengawal yang selalu mengikutnya. Menurut akhbar Wifaq, foto-foto diambil oleh adiknya, kemudian disebarkan di seluruh dunia, termasuk Amerika.
Ketigabelas: Dikatakan, sepanjang solat, anda jarang dapat lihat beliau duduk di barisan depan. Bahkan ketika suara azan berkumandang, beliau terus bersolat dimana-mana pun, walaupun hanya beralaskan karpet biasa.
Keempatbelas: Beliau juga tidak mahu bersalaman dengan wanita yang bukan muhrimnya, cukup menundukan kepala sebagai rasa hormat.
Rupanya Ahmadinejad bukan seorang Presiden yang ganjil tetapi kesederhanaannya yang tidak membazirkan wang rakyat, adalah mengikuti ciri-ciri hidup sederhana Rasulullah SAW.
Sekian catatan kali ini. Insya Allah bersambung.
Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim.
e-mail Ibnu Hasyim: ibnuhasyim@gmail.com
Movie Trailer…
Episod 1 versi Bahasa Melayu & English subtitles
Episod 2 versi Bahasa Melayu & English subtitles
Terfikir sejenak…telah membuatkan diri terfikir adakah seorang pelajar terbatas pelajarannya utk menjadi kehidupan dewasa?Bukankah manusia dilahirkan utk mempelajari setiap perkara dalam dunia dan akhirat tidak kira peringkat umur?kerna ilmu dan pelajaran adalah subjektif yang terlalu luas dan ianya berlaku dari permulaan riwayat hidup seorang manusia sehingga kematian manusia tersebut sebelum ke alam kubur dan akhirat.
Adakah Islam membezakan setiap hal di dunia ini dalam kehidupan? Bukankah Islam merangkumi semua hal dalam dunia ini tidak kira dari manusia dilahirkan sehingga kematian seorang manusia.
Rutin kehidupan manusia
Manusia dihidupkan-membesar-’belajar’-bekerja-tua-meninggal dunia
Adakah seorang manusia tugas nya begitu di dunia ini?
-Tidak kerna kehidupan manusia di dunia adalah sebagai seorang hamba yang sentiasa mempelajari dan mencari ilmu serta mentaati perintah Tuhan yg satu sehingga kematian dirinya.
Satu ketika malam telah saya berfikir juga adakah manusia tugasnya sebagai seorang insan atau manusia ditugaskan begitu?
Manusia telah diberikan akal fikiran yang begitu sempurna utk memikirkan kehidupan di dunia yang sementara ini utk mencari kebenaran dan mentaati perintah kepada Tuhan yg satu.Tidak lain dan tidak bukan adalah Allah.
Adakah dalam setiap peringkat itu telah membataskan kita utk menjadi seorang manusia yg berfikiran sempurna dan mendapatkan kebenaran, serta mentaati perintah Allah.
Adakah permulaan hidup kita batasan nya adalah seorang bayi yg tidak boleh menjadi seorang kanak kanak?
Adakah seorang kanak-kanak fikiran nya terbatas utk menjadi seorang remaja?
Adakah remaja terbatas fikiran nya utk menjadi dewasa?
Adakah dewasa terbatas fikiran nya utk menjadi tua?
Adakah terhad nya tugasan seorang manusia mengikut setiap peringkat umurnya serta taraf kehidupannya…?