Starfish1984's Weblog

Ahmadinejad:Bukan Ganjil tapi ikuti Kesederhanaan Nabi…

November 26, 2009
1 Comment

Bandingkan cara hidup Presiden Iran ini dengan pemimpin-pemimpin dunia lain..


Ahmadinejad tiada mahu bersalam dengan perempuan yang bukan muhrim.. bakan macam pemimpin atau isteri pemimpin-pemimpin lain.





Dengar saja azan, terus solat tidak kira tempat.. begitu juga makan dll.


Lebih suka tidur di lantai dari tilam empuk..


Walaupun tidak berada dalam saf dihadapan…sikapnya yg rendah diri…


Tidak mahu pembaziran, gunakan ruang sebaik-baiknya..

Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim Di Iran 5

“SEMASA anda lihat cermin tiap pagi, apa yang anda kata pada diri anda?” Tanya TV Fox Amerika Syarikat mewawancara soal peribadi Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad kira-kira setahun lalu.

Jawabnya: “Saya melihat orang di cermin itu dan mengatakan padanya.. Ingat, kau tak lebih dari seorang pelayan, hari di depanmu penuh dengan tanggung jawab yang berat, iaitu melayani bangsa Iran.”

Benarkah apa yang dia kata pada dirinya itu? Sewaktu 15 hari saya (Ibnu Hasyim) mengelilingi Iran kira-kira pada minggu lepas, 16 rakyat Iran yang rombongan kami wawancara, rupanya kesemua adalah lawan politik beliau, tidak bersetuju dengan kelicikan politiknya. Tetapi bila dikaitkan dengan kehidupan sederhana beliau, tidak ada yang membantah. Berikut adalah gambaran ringkas Ahmadinejad, yang membuat ramai orang terpegun dan ternganga padanya.

Pertama: Semasa pertama kali menduduki pejabat Presiden beliau menyumbangkan seluruh karpet Istana Iran yang sangat tinggi nilainya itu kepada masjid di Teheran dan menggantikan dengan karpet biasa yang mudah dibersihkan.

Kedua: Beliau lihat ada ruangan yang sangat besar untuk menerima dan menghormati tamu VIP, lalu ia memerintahkan menutup ruang tersebut dan bertanya pada protokol untuk ganti ruangan biasa dengan 2 kursi kayu, meski sederhana tetap terlihat impresive.

Ketiga: Di banyak kesempatan beliau beramah mesra dengan petugas kebersihan di sekitar rumah dan pejabat Presiden.

Keempat: Menteri-menterinya diminta menandatangani dokumen arahan, terutama yang menekankan hidup sederhana, penyata peribadi hatta kerabat dekat pun diawasi.

Kelima: Langkah pertama ambil-alih pentadbiran adalah mengumumkan kekayaan dan propertinya. Terdiri dari sebuah kereta Peugeot 504 tahun 1977, sebuah rumah sederhana warisan ayahnya 40 tahun lalu di daerah Kumuh di Teheran. Penyata bank wang yang berjumlah kecil, dan satu-satunya wang masuk adalah gaji bulanannya.

Keenam: Gajinya sebagai pensyarah disebuah universiti hanya berjumlah US$ 250.

Ketujuh: Beliau sebagai Presiden masih tinggal di rumahnya. Hanya itulah saja yang dimiliki. Beliau tidak mengambil gaji, alasannya adalah kerana semua kesejahteraan adalah milik negara dan beliau bertugas untuk menjaganya.

Kelapan: Satu hal yang membuat kagum staf jabatannya ialah beg yang selalu dibawa tiap hari hanya berisikan sarapan roti isi atau roti keju yang disiapkan isterinya. Beliau makan dengan gembira, dan menghentikan kebiasaan sediakan makanan khas Presiden.

Kesembilan: Pesawat terbang Presiden, beliau ubah jadi pesawat kargo menjimatkan negara dan beliau sendiri menggunakaan penerbangan biasa kelas ekonomi.

Kesepuluh: Sentiasa bermesyuarat dengan menteri-menterinya, dapatkan info tentang kegiatan dan efisiens yang sudah dilakukan. Memotong protokol istana sehingga menteri-menterinya mudah jumpa terus dengannya tanpa halangan. Menghentikan kebiasaan upacara-upacara seperti karpet merah, sesi foto, publisiti peribadi, atau hal-hal seperti itu masa mengunjungi berbagai tempat di negaranya.

Kesebelas: Kalau terpaksa menginap di hotel, beliau meminta diberikan bilik tanpa tempat tidur yang tidak terlalu besar kerana tidak suka tidur di atas tilam, tetapi lebih suka tidur di lantai beralaskan karpet dan selimut. Padanya hal ini menjatuhkan imej Presiden.

Keduabelas: Presiden Iran tidur di ruang tamu rumahnya sesudah lepas dari pengawal-pengawal yang selalu mengikutnya. Menurut akhbar Wifaq, foto-foto diambil oleh adiknya, kemudian disebarkan di seluruh dunia, termasuk Amerika.

Ketigabelas: Dikatakan, sepanjang solat, anda jarang dapat lihat beliau duduk di barisan depan. Bahkan ketika suara azan berkumandang, beliau terus bersolat dimana-mana pun, walaupun hanya beralaskan karpet biasa.

Keempatbelas: Beliau juga tidak mahu bersalaman dengan wanita yang bukan muhrimnya, cukup menundukan kepala sebagai rasa hormat.

Rupanya Ahmadinejad bukan seorang Presiden yang ganjil tetapi kesederhanaannya yang tidak membazirkan wang rakyat, adalah mengikuti ciri-ciri hidup sederhana Rasulullah SAW.

Sekian catatan kali ini. Insya Allah bersambung.

Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim.
e-mail Ibnu Hasyim: ibnuhasyim@gmail.com


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.