Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Lagi Maha Penyayang…
Telah ku rasai dan menjiwai akan kesusahan dan dugaan yang dihadapi oleh manusia yang lain . “Berat mata memandang berat lagi badan dipikul”. Kerna ini juga menjadi pedoman dan pengajaran buat ku untuk menghadapi jalan yang ditentukan oleh Tuhan ku yang Satu.
Telah ku lihat dengan pandangan mata ku serta mata hatiku bahawa Tuhan ku adalah Maha Mengetahui dan Maha Menguasai sekalian alam.
Telah ku rasai kepedihan dan keperitan hati yang telah diberikan dugaan kepada diri dan mereka yang lain.Itu lah yang dapat ku rasakan Kekuasaan Nya sekalian alam yang tidak kira pangkat,darjat dan kedudukan. Tidak juga memilih tempat dan siapa untuk diberikan dugaan. Itu lah kebenaran Tuhan ku yang Esa tiada tuhan melainkan Nya.
Telah ku temui dua individu yang berbeza tapi memiliki tanggungjawab yang sama di dunia ini…yang mencari kehidupan dan keselesaan untuk menjalani cabaran dunia ini. Akan seorang yang ku lihat berhampiran dengan ku cuba meneruskan tanggungjawab dengan kesabaran jiwa dan fizikal untuk meneruskan kehidupan maka seorang lagi yang menghadapi dugaan kesusahan yang lebih besar berbanding yang berhampiran dengan ku.
Tidak ada beza punca cabaran dugaan itu kerna datang nya dari Tuhan ku yang Esa. Cuma besar dan kecil sahaja membezakan dugaan tersebut. Dihidupkan kami oleh Nya maka dikembalikan juga kepada Nya jua. Iman dan Takwa jua yang dapat membantu menempuhi cabaran di dunia sementara ini.
Bersabar lah wahai diriku dan mereka yang menghadapi kerna Allah itu Ketahui apa yang diberikan kepada makhluk Nya di dunia ini. Allah itu Maha Adil, Pemurah lagi Maha Penyayang.
Berusaha lah dan bertakwa lah dengan betul kepada Nya maka akan diberi lah jalan yang benar…
Engkau saja lah yang ku Sembah dan Engkau jua lah yang daku mohon pertolongan ya Allah…